Batch Photo

Batch Photo

July 27, 2011

Post ini adalah untuk Ed(zadzul)

Since Ed telah memberi motivasi kepada aku untuk mengemas kini blog ini, I will try to discipline myself to post more blogs in the future.

The "Bumbung Kuning" gang (the gang is referred to our friends who study in UiTM Permatang Pauh now and usually go to "Bumbung Kuning" for lunch) had its first meeting today. The attendance was quite good with the exception of Syakur and Slay (korang ingat lagi tak ha ha?).

So ada lah gosip2 sikit. Apakah cerita baru? Nantilah aku update balik ha ha.



May 9, 2011

Bonne Chance

To those who are sitting for their final exams, mid-sem exams or anything major,

This is some kind of social support that all of us need.

Often we feel pressured during this time but that is only a mental trick.

Remember that the rests of us are around for if you need a pair of listening ears.

Worse still, go play some sports or enjoy your favourite meals/deserts.

So, have a relaxed mind and healthy body! You are gonna need them!

Bonne Chance!

Cheers =)

April 20, 2011

So long our President Batch


sorry the picture is quite blur, but all in all. good luck to our president batch, afiq@hiraq
all the best dude in nice. good luck!

February 19, 2011

Bodoh!

Hampir separuh batch kot dah fly nampaknya. Tinggal la muka-muka yang dulu kurang rajin belajar masa kat sekolah dulu, tinggal la kat Malaysia ni. Bukannya kerana tidak cemerlang, tapi sebab "malas". Malas ini punca sebenarnya. Kalau kita boleh ubah sikap tu, insyaAllah jalan yang terbentang luas yang telah disediakan oleh Allah untuk hambanya akan kita lihat dengan jelas.

Sebenarnya kita semua bodoh. Kenapa aku cakap kita semua bodoh. Ada sebab mengapa kita 'bodoh'. Kita masih mencari ilmu sebab itulah aku kata kita ini semua masih bodoh. Orang yang pandai cuma orang yang sudah habis belajar. Kita masih menuntut ilmu, mencari ilmu ke hulu ke hilir untuk apa? Untuk berjaya suatu hari nanti. Untuk apa? Untuk sara ibu dan ayah suatu hari nanti. Cuba kau bayangkan, mereka bekerja siang malam mencari nafkah, mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Anak-anak pula menghancurkan hati mereka dengan fail subjek dan sebagainya. Aku tak mau menuding jari pada sesiapa, aku pun sama fail subjek. Belajarlah selagi mampu, menuntutlah ilmu selagi boleh, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Mintak maaf jika bahasa yang aku gunakan ni kasar atau sebagainya. Kesedaran perlu ada pada diri masing-masing. Aku hanya insan yang lemah dan cuma berkata-kata sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua. Terpulanglah kepada setiap individu samada mahu menjadikan iktibar atau tidak. Semoga kita sama-sama berubah. InsyaAllah.

January 7, 2011

7 Januari

Menjalankan tanggungjawab di meja pengarang blog batch, hari ini, saat ini, sudah pasti seluruh warga MCKK Class of 2008 akan terkenang dan teringat akan memori lampau pada 7 Januari 2004. Hadir dari seluruh pelosok negara, dari Johor hingga ke Perlis, juga dari Borneo, semuanya datang duduk di bawah satu bumbung dan belajar mengenal erti persahabatan dan persaudaraan (Sorrylah, aku dah lama tak menulis, so bahasa ada formal sikit ha ha).

Ha ha kembali pada tone cerita yang lebih ceria, kita ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada batch yang tercinta. Banyak kenangan manis dan pahit selama lima tahun hidup bersama. Sedar tak sedar, bila dah menginjak ke tahun 2011, kita semua dah jadi tua, bukan lagi remaja. Maka, tanggungjawab makin banyak, kerja semakin bertambah ( Ye lah, semua dah nak jadi 20 tahun dah pun).

Tahun ini juga, akan menyaksikan ramai yang akan menyambung pengajian ke luar negara. Bulan Februari saja, budak-budak ke Australia dan New Zealand akan menghabiskan pengajian ijazah. Maka, KLIA, nantikanlah kehadiran kami, budak-budak batch yang ceria (dan akhirnya sedih sebab kawan baik dah terbang).

Reunion Extravaganza 2011 (ha ha boleh tak aku cadangkan nama nieh untuk next reunion?) turut akan diadakan dalam bulan Februari. Seperti biasa, kita akan teruskan pecahan rekod dengan kehadiran yang semakin meningkat dari masa ke masa. Yang terakhir di Pelita KLCC dan yang terbaru adalah di …… (he he rahsia lah, tapi dipercayai akan diadakan di sebuah mahligai besar di negeri Selangor).

Akhir sekali, Happy Birthday to all! Selamat Ulang Tahun yang ke-8. Semoga batch kita terus cool dan selamba, tapi dipenuhi dengan manusia-manusia hebat dan berjaya J