Batch Photo

Batch Photo

October 15, 2010

Adakah kita....

Pagi jumaat aku dikejutkan oleh ibuku untuk menunaikan solat subuh. Tetapi pada hari ini, niatku untuk tidur semula selepas selesai menunaikan solat Subuh terbatal kerana ayahku memintaku supaya menemaninya ke tanah perkuburan. Sesampainya di sana, kami melakukan 3 tahlil ringkas untuk datuk,nenek dan makcik kepada ayahku. Di sana, hatiku terdetik melihat seorang pak cik tua sedang membersihkan kubur isteri nya. Apa yang membuatkan ku menjadi terharu ialah, pak cik tua itu masih mengingati akan arwah isterinya dan tidak lupa untuk menyedahkan surah Al fatihah. Adakah kita mampu menjadi sebegitu? Adakah kita tidak akan lupa pada jasa orang yang telah begitu berbudi kepada kita sekiranya mereka telah pergi ke rahmatullah? Alhamdullilah datuk dan nenek ku telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Maksudku ialah, amat penting sekali untuk kita menziarahi kubur mereka. Dengan ini dapat meringankan beban mereka dan memohon ampun dosa-dosa mereka. Ajal dan maut di tangan tuhan, Allah boleh bila-bila tarik nyawa kita. Sekiranya kita rasa kita akan sentiasa di atas, cuba insaf dan sentiasa mengingati mati sekiranya kita hampir-hampir melakukan sesuatu yang menentang ajaran Islam. Orang yang meninggal dunia akan meninggalkan 3 perkara iaitu, ilmu yang dimanfaatkan, sedekah amal jariah dan anak yang soleh dan solehah. Anak yang soleh dan solehah begitu penting sekali dan itu yang saya tekankan kepada rakan-rakan semua. Sekiranya kita telah kehilangan orang yang disayangi, amatlah wajar sekiranya kita memohon ampun akan dosa mereka dan menziarahi kubur mereka. Ini kerana, menziarahi kubur adalah sunat yang dituntut.Adakah kita berdoa kepada ibu dan ayah kita sekarang? Adakah kita pernah meninggikan suara kepada mereka? Ibu dan ayah kita cuma satu sahaja di dunia ini. Buruk baik mereka, mereka tetap ayah dan ibu kita. Sekiranya ayah dan ibu kita telah tiada, sanggupkah kita melupakan mereka begitu sahaja? Doakan lah mereka supaya agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dijauhi azab api neraka. Adakah kita ini jenis bila minta duit barulah ingat pada kedua ibu bapa? Bila duit dah habis dalam bank, barulah hendak telefon ibu bapa kita untuk bertanya khabar? Mereka amatlah beruntung sekiranya mempunyai anak yang soleh dan solehah yang mampu menjaga mereka tidak kira masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. Janganlah kita hidup dalam penyesalan. Wassalam rakan-rakan semua.

4 comments:

  1. Lagi sekali post "nasihat", bagus la, tapi, serious bebenor kome ni, ehehe, tak apa la, tak kan nak post gosip je kan, tak elok tew..



    lagi sekali, ngaku ler sapa yg post ni.

    ReplyDelete
  2. entah, blog batch kita now dah switch to mode 'laman nurani'. cuma mode pengomen jer tak berubah iaitu Ed ha ha.

    ReplyDelete
  3. aku rase blogger kena start adakan icon 'like' lah. bcs i like this post. ingatan nurani! nie biro agama k yg post? kalau ya, tahniah. kalau belum ada lagi, apa lagi, AGM BATCH lah!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete