Batch Photo

Batch Photo

November 21, 2010

Raya Korban dan SPM

Diharapkan masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan-rakan batch 0408 yang tercinta ini. Maafkanlah diri ini kerana sudah lama tidak update blog kerana tersangatlah sibuk dengan kerja. Tetapi, kita tidak boleh menggunapakai alasan ini kerana itu tanda kita tak pandai membahagikan masa. Maka, di sini saya cuba menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan sekalian ha ha.

Raya tahun ini istimewa kerana tanggal 23 November 2010 akan bermulalah peperiksaan SPM di seluruh negara. Ini pasti akan mengimbau kenangan kita semua tentang kejadian-kejadian yang hampir dengan SPM 2008. Ada yang dah tak study kerana dah bersedia (in this case Pejol and gang lah kot), ada yang dah tak study sebab dah could not care less dan ada juga yang memerah keringat terakhir mengharapkan keajaiban akan muncul di saat akhir (yang ini adalah bersabit dengan aku sebab study last minute).

Batch di koleq tahun ini juga yakni MCKK Class of 2010 akan menyahut panggilan di dewan peperiksaan. Kita mengharapkan mereka akan melakukan yang terbaik supaya nama MCKK terus kekal harum dan masyur (betul ke aku eja?) di seluruh pelosok Negara.

Batch tahun ini adalah batch yang sangat istimewa dan rapat di mata kita atas beberapa sebab.

Pertama, ini adalah batch yang dijaga oleh aku dan Bombay (dan Aminrullah he he). Walaupun aku dan Bombay secara paksarela disuruh menjaga Pavilion, kami cuba sedaya upaya memberikan khidmat terbaik. Namun, ramai yang menuduh kami tak pandai menjaga junior (padahal memang tak jaga pun ha ha. We were more concerned pasal kebersihan kiub kitaorang so kami redha dengan tuduhan itu ha ha). Bombay juga sanggup bersengkang mata membuat berbelas-belas kad ‘Good Luck’ untuk pemain-pemain ragbi ketika menduduki peperiksaan PMR. Aku lah menjadi mangsa kerana tak boleh tidur sebab lampu terpasang sepanjang malam. Namun, demi kasih Bombay kepada mereka, aku bertolak ansur.

Kedua, walaupun secara relatif batch kita sebenarnya agak kurang bermain jambu dengan batch ini, tetapi batch ini jugalah yang menjadikan manusia seperti Edzadzul sanggup menjaga adiknya yang bernama F***** walaupun wajahnya persis Aru batch kita. Abe dan Bond juga ketika Form 3 juga turut bersengketa (ha ha yang ini aku melebih) walaupun satu kelas demi mendapatkan B****. Maka, jika masih ada sekelumit rasa kasih kepada mereka, angkatlah telefon dan ucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Jangan lupakan mereka yang pernah mewarnai hidup kita ketika di kolej dahulu.

Ketiga, batch ini jugalah yang ada segelintir daripada mereka ‘diseludup’ masuk ke East Wing ketika kolej kosong kerana ramai ke RMC. Insiden ini jugalah yang menyebabkan aku terpaksa berlakon marah mereka kerana sudah breached the rules (kenalah berlakon, aku tak reti marah orang!)

Keempat, Zula ada adik dalam batch ini. Mendoakan kejayaan adik dia samalah seperti kita mendoakan Zula (walaupun Zula belum tentu mendoakan kita kan?)

Kelima, mereka inilah yang dikerah menuang air, membeli kicap dan sos untuk makan malam. Walaupun niat langsung tak ikhlas, usaha yang mereka tunjukkan harus dipuji.

Keenam, inilah batch yang menceriakan hidup aku dan Bombay (dan Aminrullah) di Pavilion tatkala kami deprived akan rakan-rakan di Big School. Kehadiran mereka mengajar erti kesabaran terutamanya dorm 3B yang kekotorannya sangat dahsyat, erti setiakawan kerana aku always backed up Bombay dalam decision yang dibuat dan juga segala-galanya.

Maka, diambil kesempatan ini daripada batch urban lagi bandar, kami mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada MCKK Class of 2010 untuk SPM 2008.

Aim high, do your best and good luck!

2 comments:

  1. ko pecahkan rahsia batch! haha, nasib baik nama aku xdak.

    ReplyDelete
  2. masyhur tak silap aku,ahaha

    wey,asal aku pulak tiba2 ada psl jambu tu,ramai gak la,ahaha,meremang bulu aku bila ingat balik XD

    ReplyDelete