Batch Photo

Batch Photo

October 15, 2010

Adakah kita....

Pagi jumaat aku dikejutkan oleh ibuku untuk menunaikan solat subuh. Tetapi pada hari ini, niatku untuk tidur semula selepas selesai menunaikan solat Subuh terbatal kerana ayahku memintaku supaya menemaninya ke tanah perkuburan. Sesampainya di sana, kami melakukan 3 tahlil ringkas untuk datuk,nenek dan makcik kepada ayahku. Di sana, hatiku terdetik melihat seorang pak cik tua sedang membersihkan kubur isteri nya. Apa yang membuatkan ku menjadi terharu ialah, pak cik tua itu masih mengingati akan arwah isterinya dan tidak lupa untuk menyedahkan surah Al fatihah. Adakah kita mampu menjadi sebegitu? Adakah kita tidak akan lupa pada jasa orang yang telah begitu berbudi kepada kita sekiranya mereka telah pergi ke rahmatullah? Alhamdullilah datuk dan nenek ku telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Maksudku ialah, amat penting sekali untuk kita menziarahi kubur mereka. Dengan ini dapat meringankan beban mereka dan memohon ampun dosa-dosa mereka. Ajal dan maut di tangan tuhan, Allah boleh bila-bila tarik nyawa kita. Sekiranya kita rasa kita akan sentiasa di atas, cuba insaf dan sentiasa mengingati mati sekiranya kita hampir-hampir melakukan sesuatu yang menentang ajaran Islam. Orang yang meninggal dunia akan meninggalkan 3 perkara iaitu, ilmu yang dimanfaatkan, sedekah amal jariah dan anak yang soleh dan solehah. Anak yang soleh dan solehah begitu penting sekali dan itu yang saya tekankan kepada rakan-rakan semua. Sekiranya kita telah kehilangan orang yang disayangi, amatlah wajar sekiranya kita memohon ampun akan dosa mereka dan menziarahi kubur mereka. Ini kerana, menziarahi kubur adalah sunat yang dituntut.Adakah kita berdoa kepada ibu dan ayah kita sekarang? Adakah kita pernah meninggikan suara kepada mereka? Ibu dan ayah kita cuma satu sahaja di dunia ini. Buruk baik mereka, mereka tetap ayah dan ibu kita. Sekiranya ayah dan ibu kita telah tiada, sanggupkah kita melupakan mereka begitu sahaja? Doakan lah mereka supaya agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dijauhi azab api neraka. Adakah kita ini jenis bila minta duit barulah ingat pada kedua ibu bapa? Bila duit dah habis dalam bank, barulah hendak telefon ibu bapa kita untuk bertanya khabar? Mereka amatlah beruntung sekiranya mempunyai anak yang soleh dan solehah yang mampu menjaga mereka tidak kira masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. Janganlah kita hidup dalam penyesalan. Wassalam rakan-rakan semua.

October 1, 2010

Manfaatkan peluang yang ada

Hidup tak semudah yang disangka-sangka. Kehidupan kita selepas Form 5 sebenarnya dunia sebenar yang kita harus hadapi. Adakah kita sudah bersedia dengan semua ini? Adakah kita sudah terpengaruh dengan benda yang sepatutnya tidak kita lakukan? Adakah kita masih perlu bersikap kebudak-budakkan pada umur 19 tahun ini? Mana yang rasa diri telah melakukan perbuatan yang salah tu, hentikan lah. Aku tertarik dengan phrase ni,

‘O’ is an opportunity, that’s why there is no ‘O’ in ‘yesterday’. There is one ‘O’ in today and three ‘O’

In ‘tomorrow’.

Peluang yang terlepas, memang kita tidak akan dapat kejar balik. Tidak guna untuk menyesal sebab benda dah lepas kan? Ubah lah sikap…


Btw, tahniah diucapkan kepada saudara Fareez Iskandar, Faisal Rozimi dan Farid Iwan yang baru melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sorry, posting yang sebelum in sepatutnya kene edit lagi ni, supposed to be 3 Fs tu. Congrats jugak pada rakan-rakan yang lain yang telah ke degree, yang masih belajar semua, ALL THE BEST. But aku saje la go through fb and tengok-tengok page budak-budak batch yang lain. Apa yang buat aku nak cerita ni bila aku bukak page Mir Shaffin @ Lion. Tak silap aku laa, dia akan register untuk syarikat perkapalan di Singapura, then nanti akan ke UAE. Aku tak tahu la if itu adalah just intern or preparation work ke or jalan2 tourism. Tapi siap interview lagi kan? Macam dapat gaji je rasanye tu. Bestnya baru 2 tahun after SPM dah merasa kerja di luar negara. Apa yang aku tahu laa, income kerja kat kapal ni sure masyuk kan? Kita ni baru lagi nak mula belajar, especially aku ni. Terkapai-kapai je dengan pelajaran. Sumpah lain, problem dengan scholars lagi. Peluang datang sekali je, sekali terlepas kita takkan dapat kejar balik. Kalau kita enjoy je now, sibuk couple je now. Alamatnya lingkup la pelajaran. Aku tak kata couple tu memudaratkan tapi berpada-pada laa and tengok orang la jugak. Kalau kita pandai jaga diri, sure power nye result. Bila kita gagal dalam hidup, agak2 awek tu nak follow ke kita meragut rumput kat padang Clifford tu? Bak kata Ms. Grace laa, hehehe. Mana yang rasa pressure dalam pelajaran tu, mungkin ada reason di sebalik kegagalan kita. Check balik hubungan kita dengan Allah, check balik cara kita guna masa tu. Betul ke tidak. Dalam beramal ni, kalau kita rasa tak best bila beramal, maknanya ada something wrong la tu dgn amalan kita. Sebagai contoh if puasa 6 la kan, then asyik fikir penat laaa, lapar laaa, best nye tgk org makan laaa. Cuba check balik betul ke tidak kita buat selama ni. Hargai lah masa sekarang. Bersusah-susah dahulu, ber senang-senang kemudian.