Batch Photo

Batch Photo

August 30, 2010

Pembuka Selera

Ha ha now the need to update this blog is getting more important as budak batch keep asking about what's new gossips, stories and news regarding our batch. While it is good to have this blog updated regularly, we also need to understand the 'batch blogger' also needs a break (alaaa kasi chance lah kat aku, sekarang lambat sikit terus dituduh tak efisien yea).

Now, let's get into serious business.

I am so happy to post more articles as we have Majelis Bukak Puasa Class of 2008, Cerita Farid and etc.

So, please be patient. Ha ha great stories will be posted soon (soon itew biar aku lah yang define yea ha ha).

So, yeah I hope it is not too late to wish Selamat Hari Merdeka!

(Yeah, update ha ha)

August 23, 2010

Frequently Asked Questions (FAQ) when it comes to Batch Reunion

Ha ha aku tengah free nieh, so terima sahaja apa-apa post yang diletakkan.

Since, we are all aware about the 'Batch Iftar' cum 'Reunion Session', so there will be a lot of frequently asked questions regarding the event. So, the organiser believes that a list of FAQ should be provided to enlighten the rest about the details of the programme.

Berikut merupakan soalan-soalan lazim:

S: Siapakah yang akan hadir ke majlis ini? Kalau tak ramai aku tak nak datanglah.

J: Laaa kalau semua orang tanya soalan mcm ini, then memang mati berkumanlah takde orang datang gathering. So, soalan ini tak payah tanya sebab kalau nak datang, datang sahaja. Jangan ditanya siapa yang datang. Dah banyak kali soalan2 macam ini menaikkan darah budak batch yang lain he he he.

S: Boleh tak kami nak bawa girlfriend/ teman tapi mesra ke batch reunion?

J: Hmmm susah soalan mcm ini. Tapi kami merasakan adalah lebih afdal jikalau enche hadir seorang diri atau dengan budak batch sendiri. Nanti kalau bawak teman, kang dia bosan mcm mana? Kesian kalau dia tak paham joke-joke budak batch kita. Nanti kalau dah kahwin, boleh lah kot consider nak bawak teman sebab at least mereka-mereka boleh duduk semeja dengan isteri-isteri yang lain. Tapi kalau nak bawak, bawak je lah.

S: Boleh tak nak bawak jambu sekali?

J: Kami nak tanya balik, jambu yang nak dibawa itu betul-betul jambu ke? Kalau tak, tak payah bawak pun takpe. Tapi kalau nak bawak betik boleh sebab betik termasuk dalam kategori budak batch (sila rujuk previous post mengenai syarat2 kelayakan untuk hadir).

S: Tak nak datang boleh tak? Alaaa aku dah lama tak jumpa budak batch. Segan tak tau nak borak apa.

J: That is precisely our point. Sebab dah lama tak jumpa kena datang supaya tak estrange dengan budak batch sendiri. Sepatutnya, lagi lama tak jumpa lagi lah nak berborak, ye dak?

S: Kalau saya keluar batch waktu saya Form One or Form Four, boleh tak nak datang?

J: (Ha ha ini jawapan peribadi aku). Please datang. You are all welcomed to this gathering. That is our aim pun. Nak jumpa balik yang dah lama tak jumpa. Since, ada yg keluar waktu F3, F4, sure banyak cerita yang ingin dikongsi.

S: Kalau that day clash dengan event lain, then macam mana?

J: We hope all of you can prioritise. Since this is the biggest gathering so far for this year (presumably), then it is better for us to make an effort to come. After all, most of us are in KL, so please come. After all, geng-geng luar negara pun ramai yang balik Msia like Ihsan (err sorang jer so tak ramai ha ha).

S: Aku nak datang sangat tapi transport takde. Macam mana pulak?

J: Ha ha jangan banyak songeh. Plan your journey properly. If need to tido somewhere please plan for that as well. Those yang kat KL, harap2 boleh accommodate our friends who need a place to stay over. This is Ramadhan. Pahalanya berlipat kali ganda he he.

S: Kenapa buat kat Pelita lagi?

J: No comment. Next question please.

S: Mahal tak makan kat Pelita?

J: Tak kot. Sebab Mamak jer pun. Kita bukan pi Hilton or any tempat-tempat yang extravaganza. Bersederhana di bulan puasa adalah amalan yang mulia.

S: Aku sekarang dah alim. Thought of going to terawih. Macam mana pulak?

J: Ada masjid near KLCC. Masjid As-Syakirin kot kalau tak silap aku. But boleh ke terawih? Seingat aku kalau dah bereunion nieh, Maghrib pun burn he he.

So , setakat itu sahaja kot soalan yang aku boleh jawab. Yang lain-lain pandai-pandailah kome cari jawapan sendiri iye. Penat teman nak memikiornye.










Majelis Berbuka Puasa 0408- Yang jauh ditemukan, Yang dekat dirapatkan

"Sesiapa yang hadir iftar beramai-ramai memang amalan yang mulia, tapi kalau datang bukak puasa dengan budak batch, lagi bertambah mulia manusia itu"- ANONYMOUS


Berbekalkan kata-kata pujangga di atas, usaha bersepadu telah dijalankan dalam menjayakan MAJELIS BERBUKA PUASA 0408- Yang jauh ditemukan, Yang dekat dirapatkan.

Berikut merupakan butiran majelis:

Tempat: Pelita KLCC

Tarikh: 28 Ogos 2010 (Sabtu)

Masa: 5.00 petang- sampai korang rasa nak balik


Syarat-syarat kehadiran:

1. Mestilah pelajar MCKK Class of 2008. Mana-mana pelajar selain dari MCKK akan diusir serta-merta dari pekarangan majelis.

2. Mestilah budak batch 0408. Cubaan untuk membawa budak batch lain hanya akan mengundang padah.

Pakaian:

1. Fesyennya bebas. Nak pakai baju Melayu boleh, t-shirt boleh dan yang sama waktu dengannya.

2. Mestilah bersih dan menutup aurat. Kita harus menghayati semangat Ramadhan.

Kenderaan:

1. Boleh datang dengan kereta sendiri. Dinasihatkan datang awal agar mudah mencari parking.

2. Perkongsian kereta digalakkan. Mudah dan selamat.

3. Then, kalau takde kereta, payah-payah sangat, just ambil LRT turun di Stesen KLCC.

Kehadiran:

1. Sekretariat menjangkakan kehadiran seramai 50 orang dan ke atas. Hal ini kerana berdasarkan previous gathering, batch kita memang cemerlang kerana tak pernah kurang daripada 30 orang. Tahun lepas saja, kita telah memecah tradisi dengan membanjiri Burger King KL Sentral dengan lautan manusia seramai hampir 70 orang!

2. Sekretariat akan melantik 2 pemerhati bebas untuk mencatat kehadiran budak batch kita. Siapa-siapa yang tidak hadir perlu mengemukakan alasan yang kukuh. Jikalau gagal berbuat demikian, anda akan menjadi sasaran untuk dikutuk dalam post yang akan datang (HAR, HAR, HAR gelak setan).

3. Cubaan untuk mengaburi sekretariat dengan menipu di FB tak akan mampu memperdayakan kami kerana ada 2 permerhati bebas yang akan mencatat kehadiran anda secara rahsia.


VVIP:

1. Saya sudah meninjau-ninjau status kehadiran di Facebook. Muka-muka baru akan hadir seperti Afiq the Pres, Fazril The Unfortunate dan lain-lain. Maka, ini adalah peluang yang baik untuk bertemu dengan mereka itew (gantian ejaan kepada ITU) he he.

Kesimpulan:

Marilah kita beramai-rami hadir ke iftar ini. Tidak perlu di hotel hatta resort berlatang belakangkan 8 buah tasik, tetapi cukup dengan sebuah restoran biasa kerana kita datang untuk beramah-mesra dengan budak batch tercinta.

Sekian dahulu untuk waktu ini, teruskan melayari blog ini, media rasmi Class of 2008.





August 10, 2010

0408 La Liga: So You Think YOU 'Terer' Enough?

Post kali ini adalah untuk menyeru rakan-rakan baik dalam dan di luar negara untuk bersama-sama memeriahkan FANTASY PREMIER LEAGUE- LA LIGA 0408.

Aku haram apa tahu benda nieh tapi kepada budak batch yang tahu, silakan memeriahkan permainan ini dan mari kita lihat pasukan mana yang akan muncu juara.

MAKA,

PASS CODE FOR THE GAME IS : 1001387-216241

Ha ha aku dah tak tahu nak tulis apa, pandai-pandai lah korang main game ini. Apa apa sila rujuk Iss. Sekian terima kasih.

August 7, 2010

Team A dan Team B

Ha ha laporan ini lambat satu minggu tapi demi rakan-rakan batch yang dahagakan berita-berita baru, aku bagi laporan esklusif dari Penang.

Pada 31 Julai yang lalu, diadakan FUTSAL MCOBA di Subang. Meneruskan tradisi kehebatan batch kita dalam permainan futsal (ye lah kononnya banyak star macam ED, ED dan ED ha ha). Kita menghantar dua team iaitu Team A 0408 dan Team B 0408:

Team A 0408:

1. Iss

2. Ed

3. Ihsan

4. Javad

5. Kwang (ha ha aku salute team nieh ada kesabaran main dgn Hilmi Ikhwan)

6. Bond

7. Zaneq

8. Ame

Team B 0408:

1. Ayie

2. Ayub

3. Ijat Youp

4. Billy

5. Hikam

6. Afiq the Pres

7. Amin Zakaria

8. Chester

Manager merangkap Koordianator Pasukan:

Sdr Fareez Iskandar

Laporan perlawanan:

Team B 0408 kalah grouping dek kerana kelewatan key players iaitu Afiq the Pres dan Hikam.

Kemudian, Team A 0408 mengimport key player, Afiq the Pres bermain untuk pasukan Team A 0408.

According to Team Manager, “Kitoarg main strategy” (ha ha yang nieh aku quote from the SMS)

Kalau nak menang all the way to final, batch kita terpaksa berhadapan dengan The Giant Killer iaitu Team 07 (depa ada Rafi!! Tapi kita ada Ed kan?) dalam kategori Cup.

Maka, kita chose the route to Plate category. During the quarter final, batch kita menang bergaya dengan Batch 0509 dengan jaringan 3-0.

Semi-final plate, kita melawan batch yang jauh tua, MCKK Class of 98. Kita menang lagi dengan score tipis, 2-1

Dan, dalam final plate kita menentang MCKK Class of 2002. Dengan berkat dan doa, batch kita, MCKK Class of 2008 telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Plate.

Analisis Perlawanan:

Dikhabarkan Afiq the Pres yang menghilang dalam banyak gathering telah menjadi hero kepada pasukan kita sebenarnya.

Strategi pantas lagi cepat oleh Team Manager dengan mengimport Afiq the Pres masuk dalam Team A 0408 nyata membuahkan hasil. Dengan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki beliau, dia telah menyelamatkan team kita daripada dimalukan dengan kekalahan di pusingan awal.

Aku takde kat sana nak interview Afiq the Pres tentang ke mana beliau selama ini, tetapi berdasarkan firasat saya, mungkin sepanjang setahun dia hilang adalah kerana pergi mununtut ilmu futsal. Sebab itu dia terer semacam waktu game itu. Itu apa yang aku rasa, so if Afiq the Pres nak defend diri, mungkin boleh faks kenyataan media kat aku. Nanti aku post kat blog.

Apa pun, kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-kedua pasukan atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan. Semoga kita semakin terer lantas boleh menang besar tahun depan!

P/S: Cerita ini ditulis berdasarkan SMS yang aku dapat. So kalau ada part yang mcm exaggerate lebih-lebih, then aku tipu lah tuh. Tapi 99.99% adalah benar semata-mata benar.

August 6, 2010

Mengupdate di Pagi Buta

Minta maaf sangat sangat kepada rakan-rakan batch yang setia membaca blog kerana aku sebagai ketua editor, merangkap wartawan merangkap mencari gambo-gambo sedikit sibuk belakangan ini.

Apa pun sedikit preview for what's coming next:

1. Laporan Rasmi Futsal Batch yg masuk pertandingan MCOBA Futsal (memang mati lah dengan Iss, report sudah delay seminggu)

2. Afiq the Pres Batch muncul di Futsal MCOBA. Maka akan dijawab segala spekulasi mengapa beliau banyak menghilang dalam beberapa gathering.

3. Ada apa apa tak aku tinggal? Kalau ada, sila lah komen di bawah.

P/S: Kome dah tengok INCEPTION? Meletup giler kot.