Batch Photo

Batch Photo

February 19, 2011

Bodoh!

Hampir separuh batch kot dah fly nampaknya. Tinggal la muka-muka yang dulu kurang rajin belajar masa kat sekolah dulu, tinggal la kat Malaysia ni. Bukannya kerana tidak cemerlang, tapi sebab "malas". Malas ini punca sebenarnya. Kalau kita boleh ubah sikap tu, insyaAllah jalan yang terbentang luas yang telah disediakan oleh Allah untuk hambanya akan kita lihat dengan jelas.

Sebenarnya kita semua bodoh. Kenapa aku cakap kita semua bodoh. Ada sebab mengapa kita 'bodoh'. Kita masih mencari ilmu sebab itulah aku kata kita ini semua masih bodoh. Orang yang pandai cuma orang yang sudah habis belajar. Kita masih menuntut ilmu, mencari ilmu ke hulu ke hilir untuk apa? Untuk berjaya suatu hari nanti. Untuk apa? Untuk sara ibu dan ayah suatu hari nanti. Cuba kau bayangkan, mereka bekerja siang malam mencari nafkah, mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Anak-anak pula menghancurkan hati mereka dengan fail subjek dan sebagainya. Aku tak mau menuding jari pada sesiapa, aku pun sama fail subjek. Belajarlah selagi mampu, menuntutlah ilmu selagi boleh, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Mintak maaf jika bahasa yang aku gunakan ni kasar atau sebagainya. Kesedaran perlu ada pada diri masing-masing. Aku hanya insan yang lemah dan cuma berkata-kata sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua. Terpulanglah kepada setiap individu samada mahu menjadikan iktibar atau tidak. Semoga kita sama-sama berubah. InsyaAllah.