Batch Photo

Batch Photo

August 7, 2010

Team A dan Team B

Ha ha laporan ini lambat satu minggu tapi demi rakan-rakan batch yang dahagakan berita-berita baru, aku bagi laporan esklusif dari Penang.

Pada 31 Julai yang lalu, diadakan FUTSAL MCOBA di Subang. Meneruskan tradisi kehebatan batch kita dalam permainan futsal (ye lah kononnya banyak star macam ED, ED dan ED ha ha). Kita menghantar dua team iaitu Team A 0408 dan Team B 0408:

Team A 0408:

1. Iss

2. Ed

3. Ihsan

4. Javad

5. Kwang (ha ha aku salute team nieh ada kesabaran main dgn Hilmi Ikhwan)

6. Bond

7. Zaneq

8. Ame

Team B 0408:

1. Ayie

2. Ayub

3. Ijat Youp

4. Billy

5. Hikam

6. Afiq the Pres

7. Amin Zakaria

8. Chester

Manager merangkap Koordianator Pasukan:

Sdr Fareez Iskandar

Laporan perlawanan:

Team B 0408 kalah grouping dek kerana kelewatan key players iaitu Afiq the Pres dan Hikam.

Kemudian, Team A 0408 mengimport key player, Afiq the Pres bermain untuk pasukan Team A 0408.

According to Team Manager, “Kitoarg main strategy” (ha ha yang nieh aku quote from the SMS)

Kalau nak menang all the way to final, batch kita terpaksa berhadapan dengan The Giant Killer iaitu Team 07 (depa ada Rafi!! Tapi kita ada Ed kan?) dalam kategori Cup.

Maka, kita chose the route to Plate category. During the quarter final, batch kita menang bergaya dengan Batch 0509 dengan jaringan 3-0.

Semi-final plate, kita melawan batch yang jauh tua, MCKK Class of 98. Kita menang lagi dengan score tipis, 2-1

Dan, dalam final plate kita menentang MCKK Class of 2002. Dengan berkat dan doa, batch kita, MCKK Class of 2008 telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Plate.

Analisis Perlawanan:

Dikhabarkan Afiq the Pres yang menghilang dalam banyak gathering telah menjadi hero kepada pasukan kita sebenarnya.

Strategi pantas lagi cepat oleh Team Manager dengan mengimport Afiq the Pres masuk dalam Team A 0408 nyata membuahkan hasil. Dengan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki beliau, dia telah menyelamatkan team kita daripada dimalukan dengan kekalahan di pusingan awal.

Aku takde kat sana nak interview Afiq the Pres tentang ke mana beliau selama ini, tetapi berdasarkan firasat saya, mungkin sepanjang setahun dia hilang adalah kerana pergi mununtut ilmu futsal. Sebab itu dia terer semacam waktu game itu. Itu apa yang aku rasa, so if Afiq the Pres nak defend diri, mungkin boleh faks kenyataan media kat aku. Nanti aku post kat blog.

Apa pun, kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-kedua pasukan atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan. Semoga kita semakin terer lantas boleh menang besar tahun depan!

P/S: Cerita ini ditulis berdasarkan SMS yang aku dapat. So kalau ada part yang mcm exaggerate lebih-lebih, then aku tipu lah tuh. Tapi 99.99% adalah benar semata-mata benar.

4 comments:

  1. syabas!! salute kepada team mane yang menang!! Tekejut aku dngr team A menang. name team A kan.. La victoria 0408..

    ReplyDelete
  2. guys, main fantasy x?
    join la 0408 la liga. mcm biase.. pass code
    1001387-216241
    hebah2kn lah ye
    thx!

    ReplyDelete
  3. salah fendy,lwn 02 dulu kat semi baru lawan 98 final..and menang toss coin.. XD

    ReplyDelete