Batch Photo

Batch Photo

August 23, 2010

Majelis Berbuka Puasa 0408- Yang jauh ditemukan, Yang dekat dirapatkan

"Sesiapa yang hadir iftar beramai-ramai memang amalan yang mulia, tapi kalau datang bukak puasa dengan budak batch, lagi bertambah mulia manusia itu"- ANONYMOUS


Berbekalkan kata-kata pujangga di atas, usaha bersepadu telah dijalankan dalam menjayakan MAJELIS BERBUKA PUASA 0408- Yang jauh ditemukan, Yang dekat dirapatkan.

Berikut merupakan butiran majelis:

Tempat: Pelita KLCC

Tarikh: 28 Ogos 2010 (Sabtu)

Masa: 5.00 petang- sampai korang rasa nak balik


Syarat-syarat kehadiran:

1. Mestilah pelajar MCKK Class of 2008. Mana-mana pelajar selain dari MCKK akan diusir serta-merta dari pekarangan majelis.

2. Mestilah budak batch 0408. Cubaan untuk membawa budak batch lain hanya akan mengundang padah.

Pakaian:

1. Fesyennya bebas. Nak pakai baju Melayu boleh, t-shirt boleh dan yang sama waktu dengannya.

2. Mestilah bersih dan menutup aurat. Kita harus menghayati semangat Ramadhan.

Kenderaan:

1. Boleh datang dengan kereta sendiri. Dinasihatkan datang awal agar mudah mencari parking.

2. Perkongsian kereta digalakkan. Mudah dan selamat.

3. Then, kalau takde kereta, payah-payah sangat, just ambil LRT turun di Stesen KLCC.

Kehadiran:

1. Sekretariat menjangkakan kehadiran seramai 50 orang dan ke atas. Hal ini kerana berdasarkan previous gathering, batch kita memang cemerlang kerana tak pernah kurang daripada 30 orang. Tahun lepas saja, kita telah memecah tradisi dengan membanjiri Burger King KL Sentral dengan lautan manusia seramai hampir 70 orang!

2. Sekretariat akan melantik 2 pemerhati bebas untuk mencatat kehadiran budak batch kita. Siapa-siapa yang tidak hadir perlu mengemukakan alasan yang kukuh. Jikalau gagal berbuat demikian, anda akan menjadi sasaran untuk dikutuk dalam post yang akan datang (HAR, HAR, HAR gelak setan).

3. Cubaan untuk mengaburi sekretariat dengan menipu di FB tak akan mampu memperdayakan kami kerana ada 2 permerhati bebas yang akan mencatat kehadiran anda secara rahsia.


VVIP:

1. Saya sudah meninjau-ninjau status kehadiran di Facebook. Muka-muka baru akan hadir seperti Afiq the Pres, Fazril The Unfortunate dan lain-lain. Maka, ini adalah peluang yang baik untuk bertemu dengan mereka itew (gantian ejaan kepada ITU) he he.

Kesimpulan:

Marilah kita beramai-rami hadir ke iftar ini. Tidak perlu di hotel hatta resort berlatang belakangkan 8 buah tasik, tetapi cukup dengan sebuah restoran biasa kerana kita datang untuk beramah-mesra dengan budak batch tercinta.

Sekian dahulu untuk waktu ini, teruskan melayari blog ini, media rasmi Class of 2008.





3 comments:

  1. har har har,jgn lew ckp cam teuw fwendiee..(ahahahahahah)

    update sket nnt keyh,contact ler bond or aku or iss or znq,kitorang ade suggestion about mkn kt pelita tuh..

    ReplyDelete
  2. ewah contact kamu pula yea ha ha.

    kalau hang ada info, FB message aku pun takpe :-)

    ReplyDelete
  3. ahaha, dah,nnt ade org "baru" baru dtg.. nanntikan.. XD

    ReplyDelete