Batch Photo

Batch Photo

September 1, 2010

Iftar Batch 2010- Catatan Penting dan Kenangan Manis



Alhamdulilah, pada 28 Ogos 2010, Majelis Bukak Puasa Batch 0408 telah dijayakan dengan hebatnya di Restoran Pelita KLCC. Dengan tema 'Yang jauh ditemukan, yang dekat dirapatkan', berpusu-pusu budak batch kita memenuhi pekarangan restoran Pelita itew (apasal BM aku skema sangat?)

Adakah tema majelis dipenuhi?

Secara jujurnya ini adalah perjumpaan yang sangat sentimental dan paling bermakna kerana perjumpaan dilangsungkan dalam keadaan penuh sederhana dan tidak bermewah-mewahan. Walaupun kehadiran tepat-tepat 40 orang, tetapi setiap antara budak batch mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bertanya khabar tentang perkembangan masing-masing.

Ha ha enough with BM skema, let's get straight to the points:

Fakta-fakta penting lagi sensasi:

1. Akhirnya, Afiq the Pres membuat kemunculan ekslusif lagi penuh warna-warni. Beliau masih sama dan tetap humble (tetapi tidak pula diberitahu kemana beliau menghilang selama ini)

2. Kredit dan penghargaan perlu diberikan kepada kontinjen selatan tanah air yakni Telor (Syafiq Azkan) dan Anas yang sanggup menaiki keretapi dari Seremban ke KL semata-mata untuk hadir ke gathering ini!

3. Thank you to Ayie jugak sebab sanggup hadir je Iftar Batch walaupun dia sepatutnya pergi PWTC untuk menerima sumbangan duit raya, baju raya dan lain lain ihsan MB Terengganu.

4. Tak tahu pulak budak STAR buat gathering kat bawah jugak. Ha ha but we were exclusive since we used the hall upstairs :-) So takdelah insiden baling pinggan or cawan daripada dua buah sekolah ini.

5. Kontinjen Banting yang sanggup sewa teksi all the way from KMB! (But alaaa diorang ada Apek, suruh je lah dia bayar, apa payah)

6. Gathering ini dikira agak kecil sebab batch kita selalunya gathering akan more than 50 people! Nevertheless, it s a quality time since semua ambik masa berborak. This time it was a bit casual and more relaxing.

Kesimpulannya, terima kasih kepada yang sanggup datang dan berbuka sekali walaupun setiap orang ada kekangan dan masalah masing-masing.

Terima kasih sebab tak banyak songeh dan terima seadanya.

Terima kasih kepada penganjur juga. Tanpa mereka siapalah kita ha ha.

Selamat Hari Raya kepada semua. Minta maaf kalau ada salah dan silap :-)

So, what's next? Open Pelita after Raya lah kot :-p



1 comment:

  1. yup,kali nih, byk sikit berborak benda2 yg berfaedah (mcm tanya khabar, bila fly,results mcm mana and etc) so,best! sapa yg missed tuh, kalau boleh lepas ni, dtg la ye =D

    ReplyDelete