Batch Photo

Batch Photo

June 12, 2010

Bacaan Yassin & Tahlil di Rumah Zaneq


Sudah lebih 100 hari Allahyarham Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Razak, ayah Azhar Rahim aka Zaneq dipanggil Ilahi. Sehubungan itu, keluarga Zaneq mengadakan majlis Bacaan Yassin & Tahlil pada hari Jumaat 11 hb Jun 2010 di kediaman rumahnya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Untuk pengetahuan sekalian, Allahyarham dijemput ke Rahmatullah pada 25hb Februari 2010 bersamaan 11 Rabiul Awwal 1431H.

Majlis yang dihadiri oleh saudara mara dan sahabat terdekat sekeluarga turut dihadiri oleh orang-orang besar Class of 2008.

Antaranya seperti;

Iss - yang datang seorang diri

Mukris - datang bersama Rabani

Jae - datang bersama penulis

Rabani - naik Mukris

Tuan Rumah - Zaneq

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T. insya-Allah dan ditempatkan dalam golongan yang orang orang beriman.

Terima kasih kepada saudara Zaneq kerana menjemput kami menghadiri majlis tersebut. Semoga saudara Zaneq tabah dan cekal menghadapi liku-liku hidup ini di samping ibu dan adik-beradik tersayang.

Marilah kita renung dan saling mengingati antara satu sama lain bahawa sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati.

Marilah kita tingkatkan amal ibadah kita agar kita ditempatkan dengan golongan mukmin.

PS - Kepada sesiapa yang mengetahui ahli batch kita yang telah kehilangan seseorang dalam hidup, sama sama kita berkongsi maklumat di ruang portal ini.

No comments:

Post a Comment