Batch Photo

Batch Photo

August 7, 2010

Team A dan Team B

Ha ha laporan ini lambat satu minggu tapi demi rakan-rakan batch yang dahagakan berita-berita baru, aku bagi laporan esklusif dari Penang.

Pada 31 Julai yang lalu, diadakan FUTSAL MCOBA di Subang. Meneruskan tradisi kehebatan batch kita dalam permainan futsal (ye lah kononnya banyak star macam ED, ED dan ED ha ha). Kita menghantar dua team iaitu Team A 0408 dan Team B 0408:

Team A 0408:

1. Iss

2. Ed

3. Ihsan

4. Javad

5. Kwang (ha ha aku salute team nieh ada kesabaran main dgn Hilmi Ikhwan)

6. Bond

7. Zaneq

8. Ame

Team B 0408:

1. Ayie

2. Ayub

3. Ijat Youp

4. Billy

5. Hikam

6. Afiq the Pres

7. Amin Zakaria

8. Chester

Manager merangkap Koordianator Pasukan:

Sdr Fareez Iskandar

Laporan perlawanan:

Team B 0408 kalah grouping dek kerana kelewatan key players iaitu Afiq the Pres dan Hikam.

Kemudian, Team A 0408 mengimport key player, Afiq the Pres bermain untuk pasukan Team A 0408.

According to Team Manager, “Kitoarg main strategy” (ha ha yang nieh aku quote from the SMS)

Kalau nak menang all the way to final, batch kita terpaksa berhadapan dengan The Giant Killer iaitu Team 07 (depa ada Rafi!! Tapi kita ada Ed kan?) dalam kategori Cup.

Maka, kita chose the route to Plate category. During the quarter final, batch kita menang bergaya dengan Batch 0509 dengan jaringan 3-0.

Semi-final plate, kita melawan batch yang jauh tua, MCKK Class of 98. Kita menang lagi dengan score tipis, 2-1

Dan, dalam final plate kita menentang MCKK Class of 2002. Dengan berkat dan doa, batch kita, MCKK Class of 2008 telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Plate.

Analisis Perlawanan:

Dikhabarkan Afiq the Pres yang menghilang dalam banyak gathering telah menjadi hero kepada pasukan kita sebenarnya.

Strategi pantas lagi cepat oleh Team Manager dengan mengimport Afiq the Pres masuk dalam Team A 0408 nyata membuahkan hasil. Dengan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki beliau, dia telah menyelamatkan team kita daripada dimalukan dengan kekalahan di pusingan awal.

Aku takde kat sana nak interview Afiq the Pres tentang ke mana beliau selama ini, tetapi berdasarkan firasat saya, mungkin sepanjang setahun dia hilang adalah kerana pergi mununtut ilmu futsal. Sebab itu dia terer semacam waktu game itu. Itu apa yang aku rasa, so if Afiq the Pres nak defend diri, mungkin boleh faks kenyataan media kat aku. Nanti aku post kat blog.

Apa pun, kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-kedua pasukan atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan. Semoga kita semakin terer lantas boleh menang besar tahun depan!

P/S: Cerita ini ditulis berdasarkan SMS yang aku dapat. So kalau ada part yang mcm exaggerate lebih-lebih, then aku tipu lah tuh. Tapi 99.99% adalah benar semata-mata benar.

August 6, 2010

Mengupdate di Pagi Buta

Minta maaf sangat sangat kepada rakan-rakan batch yang setia membaca blog kerana aku sebagai ketua editor, merangkap wartawan merangkap mencari gambo-gambo sedikit sibuk belakangan ini.

Apa pun sedikit preview for what's coming next:

1. Laporan Rasmi Futsal Batch yg masuk pertandingan MCOBA Futsal (memang mati lah dengan Iss, report sudah delay seminggu)

2. Afiq the Pres Batch muncul di Futsal MCOBA. Maka akan dijawab segala spekulasi mengapa beliau banyak menghilang dalam beberapa gathering.

3. Ada apa apa tak aku tinggal? Kalau ada, sila lah komen di bawah.

P/S: Kome dah tengok INCEPTION? Meletup giler kot.

July 8, 2010

Apek posing lagi.


(Aku tengah kiasu nak post more blogs, so apa apa cerita semua masuk)

Batch kita, Class of 2008 memang kaya dengan pelbagai bakat dan kurniaan.

Sedara Ed sangat pantas berlari sampai digelar unta, Sedara Rashad lantang bersuara dan Sedara SM terkenal dengan semangat dan determination buat kad ketika dia Form 3.

Tak dapat dinafikan, batch ini sangat murah dengan bakat dan kebolehan.

Maka, sekadar dimaklumkan, ada seorang hamba Allah batch kita iaitu Apek (Afiq Anuar) sudah mula berjinak-jinak dengan dunia modelling. Adalah dimaklumkan dia muncul dalam satu majalah tempatan.

Majalah : REMAJA

Edisi : 1 Julai 2010 (cover depan muka Yuna)

Harga : RM 5.00

Bahagian : Stail

Muka surat : 118-121 (detail giler maklumat aku)

So nak kata lawa ke tak dia posing, ini bukanlah ruangan fesyen untuk kami memberi sebarang komen.

Hanya jauhari jua yang mengenal manikam he he. Maybe pengkritik professional dari Dorm 4 East Wing lebih arif dalam hal ini. Apek dulu kan prefect dorm tuh.

Sekian dimaklumkan. Teruskan melayari blog ini- MEDIA RASMI BATCH 0408.

Updates Batch





Untuk pengetahuan semua, Ihsan dah balik Malaysia and bercuti selama dua bulan. Dikhabarkan dia begitu bermurah hati membelanja rakan rakan batchnya yang datang berjumpa dengan begitu mewah sekali. Setakat taraf snack nasi lauk ikan keli tak main dah la. So apalagi, silalah kejar dia di Putrajaya.

Memandangkan Ihsan pun begitu merindui teman teman lamanya (termasuk teman yang pernah mesra dulu), dia ingin sangat berjumpa dengan anda sekalian yea. Rajin rajin lah contact beliau.

Farid Iwan dah berjaya dapat tawaran belajar di bumi Kanada. Inshallah, 31 Ogos, beliau akan bertolak ke sana. Maka, macam biasa, dia juga ingin mengejar rakan rakan lama. Yang dah ala ala kacang lupakan kulit tuh, pandai pandai lah timbulkan diri.

Sekarang musim budak batch balik koleq claim sijil SPM. So far banyak lah rombongan rombongan ini berbondong-bondong ke MCKK ambil sijil. Rasanya yang balik beramai-ramai started with geng-geng Aiman Hadi, followed by geng Utagha iaitu Geng YM Ungku Asyraff dan semestinya yang terbaru, Geng Ed yang juga membawa balik bekas Presiden Batch, Afiq yang sangat liat nak datang sebarang gathering ha ha.

Maseh menunggu lampu hijau untuk mengumumkan Majlis Bersatu Semula. Oi, bila nak plan?

Pengetua Baru MCKK



The words have been going around that MCKK has finally received a new headmaster. It is officially confirmed that Encik Anand is now the new headmaster of Malay College Kuala Kangsar.

This batch knows this gentleman very well. When we entered koleq in 2004, he was the Senior Assistant of Co-Curricular Activities. Known to be very active in sports especially soccer, he spent most of his times during the Games Hour playing football with the college students. His wife, Puan Noorhayati also worked there as an English teacher.

A series of events occurred leading up to the appointment of a new principal of Malay College. A Facebook group (MCKK PERLUKAN PENGETUA BARU) was created and played the role as a pressure group demanding a new HM to be appointed.

As most of the old boys (majority were from Class of 2000 and above) signed up for that group, the school was dismissive towards the reforms which were pushed by the old boys collectively. Along the way, some of them were called as ‘kurang ajar’ or ‘tak mengenang budi’.

In fact, Fendy and Rashad who went back to koleq religiously to train debaters were also banned from entering their own school. This was all because they joined that group.

We must believe that we should not afraid to speak up our own mind if we know we are right and they are wrong. Of course, when we are pushing reforms, there must be some collateral damage.

MCKK Class of 2008 would like to extent an unwavering support towards the new HM. We believe that changes would happen and eventually our glory days would be restored soon.

Good luck and all the best cikgu!

P/S: Encik Anand is an old boy of MCKK. He graduated from MCKK in 1979.